Wirid-Doa Dan Amalan Mustajab

Thursday, December 18, 2014

Fadhilah Surat Taha Ayat 1-5 Untuk Melembutkan Hati Yang Keras

Advertisement

Surat Taha adalah  surat  yang ke 20 dalam al-Qur’an. Ia berada pada juz  16. Surat  Taha ini memiliki khasiat yang baik sekali untuk melembutkan  hati yang keras terutama sekali untuk dibacakan kepada anggota keluarga yang keras hati, malas dan sulit untuk beribadah kepada Allah SWT, misalnya sholat. Dengan 5 ayat dari surat Taha ini insyaAllah akan berubah wataknya.
Ayat-ayat ini juga bisa  diamalkan sebagai ayat pelindung  diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Sayyidina Umar Al-Khattab r.a yang ketika  itu beliau belum  memeluk Agama Islam. Hatinya  tersentuh oleh kandungan ayat-ayat ini dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Kita tahu bahwa Umar bin Khattab adalah seorang tokoh Quraisy yang disegani ketika itu. Beliau sangat keras menentang Nabi ketika masih kafir.Tapi beliau  bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang ini membuat iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau dan lari lintang pukang jika berjumpa  dengan Sayyidina Umar.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mulai menyebarkan Islam secara terang-terangan, Sayyidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Sayyidina Umar adalah salah satu yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Sayyidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahwa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu sebelum membunuh Nabi karena adiknya juga telah memeluk Islam.

Sayyidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca sedikit ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau merasa terharu ketika membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Setelah peristiwa tersebut, beliau berjanji akan melindungi Islam hingga tetes  darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Agustus (633-644) bertepatan  22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.

Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah menyatakan bahwa Rasulullah SAW berkata:

"Ketika Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah menggelarinya sebagai Al-Faruq kerana dapat membedakan  antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelar tersebut, Sayyidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua shaf, satu saya dan satu lagi Sayyidina Hamzah (berjamaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW menggelari  aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani sholat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah karena takut kepada Umar.

Bagaimana menggunakan ayat ini sebagai doa melembutkan hatiyang keras?


Fadhilah Surat Taha Ayat 1-5 Untuk Melembutkan Hati Yang Keras


Taa' Haa. (1)
Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)


Artinya:

Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Dialah Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy
.
Bacaan Untuk Anak atau Suami/Istri  Yang  Tidak Mau hSolat


Baca doa ini 3 x dan dihembuskan ketika anak atau suami/istri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam ketika mereka sedang tidur nyenyak. Semoga bermanfaat 
Fadhilah Surat Taha Ayat 1-5 Untuk Melembutkan Hati Yang Keras Rating: 4.5 Diposkan Oleh: siti fatimah

2 comments:

loading...

Jangan Lewatkan !